::Welcome Notes::

Monday, 9 January 2012

~Blood Donation~

Untuk pengetahuan umum, seumur hidup aku 32 tahun aku tidak pernah menderma darah. Setiap kali bila aku terjumpa tempat menderma darah di tempat awam, memang terdetik untuk aku menderma, tapi aku tidak pernah tunaikan. Ini dek kerana aku cukup takut pada jarum mahupun darah.

Tapi tidak disangka-sangka, pada 28hb October 2011; bermulalah drama aku menderma darah. Perasaan aku di waktu itu tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Hanya wajah pucatku sahaja yang mampu aku tampilkan semasa itu.

Setelah tiba giliranku, aku mula rebahkan badanku yang longlai di atas katil yang di sediakan. Jantungku semakin laju, rasa hendak terlerai semua anggota badan. Selepas nurse terpaku melihat fizikalku, langsung dia menasihatiku supaya bertenang dan salawat. Aku ikut sahaja cakap nurse tersebut.

Selang beberapa minit, rakan sekerjaku memberitahuku bahawa darahku mula mengalir keluar. Aku terpaku kerana sakitnya hanya sedikit; sama seperti terkena gigitan serangga. Aku memberanikan diri menoleh ke kanan dimana darahku mengalir. Rakanku tadi mengambil gambar-gambarku untuk dibuat kenangan.

Selepas 10 minit, darahku sudah memenuhi 'packaging'. Lalu nurse membuang jarum di lenganku perlahan-lahan. Disuruhnya aku berehat untuk beberapa saat sebelum aku melangkah turun dari katil yang aku baring sebentar tadi. Tidak lama kemudian; aku diberi minuman air gula dan sedikit muffin untuk menghilangkan pening lalatku.

Itulah satu-satunya kenangan aku menderma darah. Dan aku tidak akan berhenti menderma selagi aku berdaya; itu janjiku. InshaAllah. Darah aku dari kumpulan O+. 


Selepas settle di 'inject'

Dah tak takut dah; peace yaww!


Finally; inilah hasilnya:)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.