::Welcome Notes::

Friday, 27 January 2012

~Salam Jumaat~

Salam...


Finally, today sudah hari Jumaat PENGHULU segala hari dan Alhamdulillah Allah masih BENARKAN saya bernafas. Dan InshaAllah jika diizinkan olehNYA, sama-sama kita menikmati hari minggu. 

Ketika jari-jemariku mencoret tulisan di blog, corong telingaku asyik dibuai irama dan lagu kegemaran; 'A THOUSAND YEAR' (sama dengan nama blogku) by Christina Perri. Sebenarnya tiada apa yang hendak dikongsikan mahupun diceritakan hari ini. Cuma mahu mengisi masa terluangku di kala ini sementara memulakan kewajipan dimana aku mencari rezeki (curi tulang ka?) hehehehehe...

Akhir kata, mari sama-sama kita menjalankan tugas harian masing-masing memandangkan kita semua mengharapkan rezeki halal demi menyara kehidupan peribadi mahupun keluarga dan juga ibu bapa kita. Mudah-mudahan hidup kalian semua termasuklah diri saya sendiri dilimpahi rahmat dan senantiasa diberkati olehNya. 

DariNya kita hadir dan kepadaNya juga kita akan kembali. Masa kita akan tiba suatu hari nanti. Hargailah diri sendiri sementara kita masih ada dan bersyukur dengan apa saja kurniaan yang diberikan olehNya. Sesungguhnya yang baik lagi mulia dari Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri kita sendiri; WALLAHUALAM...

::Salam Sayang::



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.