::Welcome Notes::

Tuesday, 17 January 2012

~Hilang Lagi Seorang Insan Yang Bernama Kawan~

Salam. Baru sekejap tadi saya terima SMS dan dikejutkan dengan berita KEMATIAN salah seorang rakan di Call Center dahulu. Kami sama-sama menjadi Team Leader di Credit Management Contact Center atau lebih di kenali sebagai CMCC.

Almarhumah meninggal dunia hari ini 17th January 2012 jam 07:45am di Glenagles Hospital Ampang kerana mengidap kanser paru-paru. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah; mudah-mudahan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Kepada ahli keluarga dan juga sanak saudara; salam takziah dari kami warga TM dan sahabat handai yang lain. Allah lebih menyayangi Almarhumah; InshaAllah....


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.